Hero hati,
Susahnya sendu ini
Tak ada mula tak ada hujungnya
Susahnya hati ini
Tak mahu mula tak mahu akhirnya
Hero hati,
Aku bangga menjadi
Bukan pada apa yang mereka cari
Tapi pada nama yang kau beri
Aku janji berpaksi sampai mati
Hero hati,
Pernah
Jasad aku hilang separuhnya
Tapi separuh pun kau cukupkan untukku
Pernah
Akal aku mencacat sempurnanya
Tapi tak indah pada sempurna kau kata
Jangan takut jatuh
Dari bawah engkau ada
Aku belajar sayang diri
Kalau rindu...aku bawa tinggi
Hero hati aku
Dul Hayati
No comments:
Post a Comment