Sunday, June 8, 2014

Pusakakan Aku

Sering aku tak dulu mengerti bahasku
Kerap juga aku tak paham tingkahku
Magisnya hanya jika ku berikan waktu
Pada kali kedua selepas sepurnama
Tak pernah gagal ku jumpa makna

Untuk aku yang bebal tak mengerti
Tak ada yang ku impi
Kerna telah aku ajarkan diri
Berpijak dibumi, Jaga diri jaga hati
Jangan asyik terbang melupa tali

Ketawalah aku mengerti
Paranoid diri tak mempercayai
Ya, aku memang begini

Kerana dalamku tak mudah yang lihat isi
Cetekku tak ramai yang celup kaki
Mataku hatiku gelap malam tangis hela hanya aku
Masih aku tak perlukan emas perak gangsamu
Aku pusakakan diriku untukku
Bukalah bila perlu

No comments: