Thursday, April 24, 2014

Jangan Biar Aku Bersisa


Kini cerah lagi bingkai yang menggantung terus lihatku pada kamu-kamu
Tenteram kejap bulu mataku
Banyaknya hanya keluh pada bibir
Ku tuntut janji kan janji pada hari tertentu

Lagi aku bilang tiga....dua....satu
Pecah dadaku robek semua satu persatu
Marah ku amuk ku dayus pada aku dan kamu
Sudah!
Jangan biar aku sia
Nantikan bersisa

Malam ini dalam selimut berjubahan aku tenang dengan bau itu
Pekat dingin ini telah ku perah berhabis semua
Aku tak mahu merangkak lagi
Meraba mencari jahil yang hina yang sundal pada saat yang aku mahu lupa
Jangan ingatkan aku
Lari bersama aku, rentap gelangku
Biar patah biar hancur aku mahu begitu

Pendosa ini sudah menongkat dagu~~ menunggu
Tak lama lagi aku kan menuntut janjiku pada Tuhanku
Aku kan tinggalkan kamu pada dirimu
Aku kan jawap soalNya satu-satu
Doakan aku ~~~


24/4/2014
00:16

No comments: