Wednesday, December 7, 2011

Madah Buat Pendamping Jiwa olahan Azizi Muhammad


Ikhlas
Hari ini dan setiap masa juga hati ini ikhlas ingin mendekatimu. Biarpun taufan dan badai yang menimpa hati ini kian berkecamuk, namun hati ini tetap dengan keputusan yang tulus. Tiada yang dapat memisahkan hati ini untuk terlalu mengingatimu melainkan
Ya Rahman Ya Rahim”.
(PENGASIH & PENYAYANG).
Akan dinilai kejujuran itu bersama perbuatan suci yang tidak berbangkit bergelumang dosa. Namun ikhlas ku nyatakan, “Hanya Kamu”. Diri ini tetap bersama yang setia menyayangi diriku sepenuh hati. Ku utus agar menjadi pendamping cinta yang murni dan bercahaya dari sudut erti memberi dan menerima. Tetap abadi menjadi kekuatan peribadi.

Cincin
Kerana keikhlasan hatiku ini, lalu cincin ku carik dan ku gapai di jarimu. Menjadi tanda kenang-kenangan hingga punah hayat. Biarpun di jari yang bersimpul dengan pelbagai dugaan, harus hadapinya jua biarpun berkubur bulatan hati yang berputar hanyut di badai pantai yang tepinya ada “2”. (HatiKu & HatiMu) . Pengikat, mengikat dua jiwa yang terikat. Panahan cintaku dari cincin di jari manismu ini tetap ku dakap tanpa terbuang agar cincin di jari ternyata tidak tenggelam di lautan arus nafsu. Meletakkan 1 tanda yang terbaik ibarat aku dapat menilai sepertiga keinginan cabaran dalam kehidupan yang beroda dengan khayalan duniawi. Terasa dekat di hati tatkala ianya menjadi tanda kemanisan kehidupan ini walau berjauhan  denganmu. Kusalutkan pelbagai corak bungaan bak wangian yang zahirnya dari mata hati dan batinnya dari tanda. Terikat itu jua pasti.

Hati
Kedamaian jiwa bersulam dengan beribu perasaan. Hati juga terkadang menangis dan tertawa dengan pelbagai hilaian yang penjurunya tertulis madah iaitu “CINTA MATA HATI”
Kegelapan hati itu  tiada bandingan  dengan noda yang terikat dengan pengalaman hati.
Bercahaya hati wahai Pencinta Cinta agar dapat mencoret memori yang terindah di kala wajah kian gembira dan taksub dengan kotak hati yang terikat dengan janji yang pasti. Terbatas merasai CINTA yang bersulamkan kejujuran kelam akal menjadi lambang RINDU.

Ikhlas , Cincin & Hati seakan-akan mempunyai persamaan dalan hidupku.
Biar dirimu di utara dan aku di selatan yang tidak berkutub, tetap tidak akan jemu aku mendoakanmu agar senantiasa tenang. Harap khayalan “Madah Buat Pendamping Jiwa” Ini akan membuat dirimu terbuai dalam lena mimpi tanpa ada maksud dan makna. -Ikhlas Dari ‘SANG PENCINTA SENI’.

p/s: Shared by one of my good friend. Thank you^^

No comments: