Telah ku selak ensiklopedia berulang-kali
Pada ketidaktahuan dan kebodohan aku pada segi alam
Jika ada yang pegun pada tuding jari
Aku yakin itu lopong buas diri
Mereka yang lainnya gah menzalimi
Ah...hiburan semata lagu tidurku ini
Cerita dongeng arnab dan kura, lapuk!
Perlahan aku tarik dalam tepung
Lillahi, aku tak memaksumi diri
Dia ajnabee yang kupilih
Masih, haram pada depa jengkal inci
Meneropong awan pelbagai warna
Aku risau mereka dengar kuatnya degup
Benar, mustahil pada adrenalin di roma muka
Penciptaku, halalkan bagiku pada akad dan...
Malam ini aku tidur dengan mahu
Rabb, Kau lebih tahu
27/2/2014
00:23