Sunday, January 22, 2012

Bila Senja Itu Jingga


Aku benci bila benar senja itu jingga
Bila benar matahari pergi untuk malam tiba
Mencarik dogma pada hujung kerling mata

Namun khilaf bukan semata kebetulan
Bukan juga untuk dipertontonkan
Aku tak biasa mendongak
Mengjengkit melihat kebodohan

Melangkah hanya bermakna aku semakin jauh dari garis mula
Tolaklah tubuhku
Tertawakan aku semahunya

Kerana senja tetap jingga
Pasti hanya jingga